Wednesday 30 October 2013

Kelas Asas Membina Blog

Teks : Saniah Mat Sanat

Bismillah.





Sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah. Menawarkan kelas berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan
-Sesuai bagi kalian yang ingin berkongsi pengalaman dan kepakaran. Bina rangkaian sendiri dan follower tegar. Setiap orang sudah ada keunikan masing-masing, serlahkan bakat ini melalui blog. Tidak tahu menulis kami akan pandu melalui teknik yang mudah.

2. Kelas asas blog dan fan page (bisnes) Bagi yang masih zero untuk memulakan bisnes online, kami sedai membantu menunjukkan jalan. Jika sudah ada produk, masanya untuk promo. Jika tidak ada kami sediakan. Boleh buat dropship dengan produk kami antaranya produk buku dari penerbit terkenal, produk digital ebook, produk sunnah, kelas asas blog, agen pengiklanan dan akan bertambah dari semasa ke semasa untuk produk dropship.
Apakah matlamat utama kelas ini :

1. Memberi pencerahan dan ruang kepada surirumah yang baru mengenal dunia online, terutama fan page, blog dan sebagainya.

2. Untuk kelas asas blog dan fan page, khusus kepada 'sasaran' yang zero tentang urus niaga online. Sebagai permulaan awal, membina kedai online dan latihan urus niaga. Selepas boleh berdikari dengan belajar dengan pakar-pakar pemasaran yang lain yang lebih 'meluas' dan bina 'rangkaian bisnes' sendiri. Kami adalah sebagai trek pemula, sebagai 'langkah awal' bagi yang benar-benar 'zero' tentang bisnes dan urus niaga online'.

3. Kelas asas blog dan penulisan, matlamatnya untuk memberi pendedahan dan cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca, membina jaringan dan pengaruh penulis blog dan juga penjenamaan dalam carian google.
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
** Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh hubungi saya untuk pendaftaran kelas ini.


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adlaah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu. Pendaftaran adalah setiap hari.
Jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila emel kepada 
saniah.matsanat@gmail.com
atau sms/tel  0192828266

No comments:

Post a Comment