Saturday 19 February 2022

KENANGAN-KENANGANKU DI MALAYA

 INI PUNCA SAYA BACA TULISAN HAMKA, 'KENANGAN-KENANGANKU DI MALAYA'

"Saya sangat terkesan dengan buku 'Kenangan-Kenanganku di Malaya," ujar rakan saya.

"Dalam buku itu Hamka kongsi masalah umat Melayu Islam pada zaman dia," jawabnya selepas saya bertanya: "Sebab apa?".

"Sedar tak sedar sebenarnya semua masalah itu masih berlaku sekarang ini. Malah makin jelas berlaku!"

"Bayangkan masalah sama. Cuma zaman dan watak berbeza. Ubah zaman dan nama watak, masalahnya serupa," tambahnya lagi.

"Ada juga masalah-masalah yang dibimbangi Hamka sudah berlaku kini."

Dia ceritakan bahagian-bahagian yang beri impak pada dirinya setelah baca buku 'Kenangan-Kenanganku di Malaya.'

Dulu persengketaan Melayu vs Melayu, yang untung bangsa asing. Hal ini masih berlaku lagi. Melayu makin berpecah-belah.

Dulu ada segolongan orang Melayu yang suka memburuk-burukkan bangsa sendiri dan mengagung-agungkan bangsa lain.

Yang buruk, Melayu. Yang baik, bangsa lain. Itu krisis identiti orang Melayu yang malu bergelar Melayu. Sekarang dipanggil 'Melayu woke'.

Ada juga disentuh tentang perilaku bangsa-bangsa lain terhadap orang Melayu. Adakah masih sama atau tidak?

Orang Melayu kuat dipengaruhi Islam. Orang Melayu mudah menerima kedatangan orang luar asalkan mereka baik, bertutur bahasa Melayu, dan buat kebaikan di tanah ini.

Tapi sering diambil kesempatan di atas kebaikan hati orang Melayu ini. Orang Inggeris dan Belanda sampai berjaya menjajah kita.

Fuh! Berdebar mendengar kata-katanya. Apatah lagi waktu itu tengah panas dengan isu-isu semasa yang menyentuh tentang orang Melayu.

Membuak-buak rasa ingin tahu, saya cari, beli dan baca buku ini.

Ternyata, buku karya Hamka tidak mengecewakan. Ia meniup semangat kecintaan pada negara dan bangsa.

Segala nasihat, teguran, kritikan dan nilai-nilai yang diterapkan dalam buku ini menggilap jiwa dan membuka mata serta mengingatkan semula kehebatan Melayu dan Islam di rantau nusantara ini.

Jika anda nak memiliki karya Hamka, 'Kenangan-Kenanganku di Malaya', dan terokai pemerhatian dan pemikiran Hamka ini, anda boleh dapatkan di https://jtbooks.onpay.my/order/form/KENANGHAMKA/12

No comments:

Post a Comment