Sunday, 15 November 2015

Promosi Pakej November 2015

Alhamdulillah. Promosi ebook untuk bulan November masih berlangsung.

Hanya RM100 untuk 4 ebook.

Untuk yang belum sedia sertai kelas online blog ABDR, boleh dapatkan pakej ebook ini sebagai langkah awal memulakan bisnes online.

EBOOK BELAJAR ASAS BLOG - Memberi panduan bagaimana membuat blog penulisan atau bisnes yang merupakan medium percuma untuk menjana pendapatan

EBOOK PANDUAN MULA BISNES BUTIK - Ebook panduan bagi memulakan bisnes butik

EBOOK 10 LANGKAH MUDAH BINA KEDAI ONLINE - Cara untuk membina kedai online blog.

EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES - Dapatkan idea untuk memulakan bisnes dan panduan dalam ebook ini.

Untuk pembelian pakej ebook ini boleh terus isi borang tempahan.




Nota inspirasi 8-Izzah Razak.

18 Mac 2014 saya mendapat panggilan sekali lagi dari ayah. Tidak lama kemudian, adik saya pula menelefon menjerit menyatakan.
“Kaklong, mak dah tak ada."

Ya Allah sungguh pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikat yang harus diterima oleh kami sekeluarga. Kali ini, saya pulang sekeluarga. Saya sempat memandikan arwah sehingga dikuburkan di liang lahad. Tidak dapat digambarkan perasaan terkilan saya pada masa itu, cuma tiga hari selepas saya pulang, arwah meninggalkan kami. Subhanallah..tapi saya bersyukur dapat menjaganya 5 hari di hospital sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Masih kekal di ingatan saya senyuman arwah pada malam terakhir sebelum saya pulang ke Johor. Senyuman yang pasti untuk menyenangkan hati saya sahaja.

Arwah meninggalkan kami pada usia 53 tahun (saya pula berusia 35 tahun) Semoga arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Al Fatihah. Beliaulah yang menjadi kekuatan pada diri saya untuk berkongsi dengan anda di luar sana.

Saya bermastautin di selatan. Saya berkahwin dan bekerja selama lebih kurang 10 tahun. Menjawat jawatan sebagai seorang jurutera membuatkan saya sibuk. Setiap hari dikelilingi dengan pelbagai masalah tekanan kerja. Bekerja lima setengah hari seminggu membuatkan saya tiada masa untuk diluangkan masa bersama keluarga tersayang. Masa cuti di hujung minggu cuma dipenuhi untuk membereskan kerja-kerja rumah dan berbelanja barang dapur. Tiada masa untuk membawa anak-anak bercuti. Jika ada kelapngan, kami cuma boleh membawa anak-anak bermain di taman permainan berhampiran. Itu sahaja tempat rekreasi yang tidak memerlukan modal.

Baca lebih banyak lagi dalam EBOOK YEAY MAMA SUDAH RESIGN

Untuk dapatkan pakej ebook ini, kalian boleh buat pembelian terus melalui saya, dengan HARGA PROMOSI RM50 Sahaja.

Untuk pembelian pakej ebook ini boleh terus isi di sini

No comments:

Post a Comment